Plot – Binaan Plot (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Plot – Binaan Plot (Novel Tingkatan 3)

Plot – Binaan Plot

  • Permulaan – Alias merupakan seorang kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan tinggal bersama-sama ibunya yang lumpuh. Sebelum pergi ke sekolah, Alias menapis air ketul-ketul ubi kayu. Jika tidak membawa bekalan, dia hanya membawa air kopi sahaja. Kehidupan Alias sangat miskin. Dia hanya memiliki sebuah beg yang telah koyak dan lusuh yang dihadiahkan oleh Tok Penghulu tiga tahun yang lalu. Alias memiliki seekor beruk kesayangan yang bernama Chot.
  • Perkembangan – Semasa Alias hendak ke sekolah, dia mendapati Chot hilang lalu mengambil keputusan untuk mencari Chot di sekeliling kampung. Dia menyedari bahawa dia akan lewat datang ke sekolah dan dimarahi oleh Cikgu Sunan. Usahanya untuk mengesan Chot pada pagi itu telah gagal.
  • Perumitan/Konflik – peristiwa bermula semasa Alias berada di sekolahnya. Oleh sebab Alias lewat datang ke sekolah, dia telah dipanggil oleh Cikgu Sunan yang bertanyakan sebab kelewatannya itu. Semasa ditanya, Alias hanya mendiamkan diri kerana takut untuk menjawab pertanyaan Cikgu Sunan. Namun setelah didesak, Alias mengatakan bahawa dia mencari beruknya yang hilang. Jawapan tersebut telah menyebabkan Cikgu Sunan berasa sangat marah dan menengking Alias. Alias yang terkejut telah terjatuh dan telinga kanan Alias terkena bucu meja rakannya sebelum dia jatuh terlentang di atas lantai.
  • Klimaks – Cikgu Sunan datang ke rumah Alias dengan bantuan Som. Semasa sedang memeriksa telinga Alias, Chot yang berada di atas dahan pokok langsat telah meronta-ronta hingga rantainya putus lalu menerkam dan menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias mengambil lembing, kemudian merodok perut Chot. Chot terkulai dan mati dalam pelukan Alias.
  • Peleraian – Cikgu Sunan berjanji untuk membiayai Alias sehingga ke universiti. Alias menguburkan Chot di tepi pokok langsat dan mencacakkan papan yang tertulis, “Tunggu aku di pintu universiti, Chot”. Alias bertekad untuk ke sekolah.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s